(Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd, syarikat pemasaran produk petroleum terbesar di Malaysia dengan penguasaan pasaran sebanyak 43 peratus, akan melancarkan bahan api berteknologi tinggi F1 terbaharunya Sabtu ini.
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutifnya Amir Hamzah Azizan berkata produk baharu untuk enjin komersil itu merupakan bukti mengenai komitmen pelaburan Petronas dalam membangunkan bahan api berkualiti tinggi.
"Pelancaran produk baharu itu akan membantu merangsang penguasaan pasaran bagi mengisi tempat Shell dalam pasaran runcit dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah utama "Petronas Road To Rewards", di sini Selasa.
Amir Hamzah berkata Petronas Dagangan juga memperuntukkan RM350 juta untuk perbelanjaan modal bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011 bagi meningkatkan peluasannya dalam operasi peruncitan.
Syarikat itu juga akan terus membangunkan program berasaskan ganjaran yang membolehkan pelanggan setianya menikmati keistimewaan menjadi pelanggan.
Ia kini mempunyai dua juta anggota menerusi program kesetiaan kad Petronas Mesra, dengan 1.6 juta merupakan anggota yang aktif.
Pada majlis itu, Amir Hamzah menyampaikan hadiah kepada 30 pelanggan Petronas yang bernasib baik daripada empat juta pengguna yang mengambil bahagian dalam promosi tiga bulan yang berakhir pada 15 Februari.
Tiga pemenang hadiah utama membawa pulang RM100,000 seorang, 12 pemenang hadiah berikutnya membawa pulang RM20,000 seorang dan 15 yang lain masing-masing memenangi RM10,000.
Sejumlah 7,940 pelanggan yang membuat belian minimum RM30 mendapat manfaat daripada daripada kempen itu, kata Amir Hamzah.
http://bernama.com/bernama/v5/index.php
center
Rabu, 6 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
antara perubahan yang dapat kita lihat dulu dan kini bas ekpress yang ada di sabah....jom kita lihat... . sairah express kini telah b...
-
Baru-baru ini saya telah terserempak dengan sebuah bas D&L Mega Mutiara ekspress....dikhabarkan syarikat bas ini tidak lagi beroperasi...
-
Jom ramai-ramai sertai pertandingan ini sempena ulang tahun Andisba ekspress
Tiada ulasan:
Catat Ulasan