TAWAU, 5 April (Bernama) -- Menara Amaran Tsunami yang dipasang di perkarangan Masjid Al-Kauthar, di sini berfungsi dengan baik, kata Penolong Pengarah Jabatan Meterologi, Sandra Richard.
Tindak balas daripada penduduk terutama penduduk Kampung Titingan dalam ujian hari ini amat memuaskan, katanya kepada pemberita selepas menguji peralatan di menara itu di sini Selasa.
Katanya peralatan berkenaan diperiksa setiap bulan secara berkala bagi memastikan ia sentiasa berkeadaan baik dan boleh digunakan apabila ada amaran kecemasan berkaitan tsunami.
Menara Amaran Tsunami itu dibina pada tahun 2005 selepas kejadian gempa bumi dan tsunami di Acheh di Indonesia. Bunyi siren menara itu akan memberi amaran awal kepada penduduk jika berlaku sebarang ancaman tsunami.
Richard berkata pihaknya juga ada memasang kamera tertutup di Masjid Al-Kauthar bagi memudahkan pihaknya memantau kawasan persekitaran di situ.
Selain di Tawau, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi turut memasang Menara Amaran Tsunami di Semporna, Kunak, Lahad Datu, Sandakan dan Kudat.
-- BERNAMA
center
Rabu, 6 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
antara perubahan yang dapat kita lihat dulu dan kini bas ekpress yang ada di sabah....jom kita lihat... . sairah express kini telah b...
-
Finals Sun 26 Dec Final Lg1 Malaysia vs Indonesia Wed 29 Dec Final Lg2 Indonesia vs Malaysia http...
-
Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ialah “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai ba...
-
ade 1 org ni.....dia first time naik kpl terbang.......tegah naik kpl terbang dia nk buang air beso....dia pon p tandas .....bila masuk ta...
-
Gaya hidup remaja sihat 1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit da...
-
A million memories with SM TEKNIK TAWAU Persiapan para Garaduan SM TEKNIK sebelum masuk ke DEWAN TUN AHMADSHAH Gambar pelajar alir...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan