SELAMAT DATANG

Rabu, 6 April 2011

Menara Amaran Tsunami Di Masjid Al-Kauthar Berfungsi Dengan Baik

TAWAU, 5 April (Bernama) -- Menara Amaran Tsunami yang dipasang di perkarangan Masjid Al-Kauthar, di sini berfungsi dengan baik, kata Penolong Pengarah Jabatan Meterologi, Sandra Richard.

Tindak balas daripada penduduk terutama penduduk Kampung Titingan dalam ujian hari ini amat memuaskan, katanya kepada pemberita selepas menguji peralatan di menara itu di sini Selasa.

Katanya peralatan berkenaan diperiksa setiap bulan secara berkala bagi memastikan ia sentiasa berkeadaan baik dan boleh digunakan apabila ada amaran kecemasan berkaitan tsunami.

Menara Amaran Tsunami itu dibina pada tahun 2005 selepas kejadian gempa bumi dan tsunami di Acheh di Indonesia. Bunyi siren menara itu akan memberi amaran awal kepada penduduk jika berlaku sebarang ancaman tsunami.

Richard berkata pihaknya juga ada memasang kamera tertutup di Masjid Al-Kauthar bagi memudahkan pihaknya memantau kawasan persekitaran di situ.

Selain di Tawau, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi turut memasang Menara Amaran Tsunami di Semporna, Kunak, Lahad Datu, Sandakan dan Kudat.

-- BERNAMA center

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular