SELAMAT DATANG

Selasa, 1 Februari 2011

new lotus F1 car



KAKITANGAN Lotus bergambar bersama jentera terbaru.


KAKITANGAN Lotus bergambar bersama jentera terbaru.
Jentera miliki reka bentuk lebih kontemporari raih tempat ketujuh keseluruhan

VALENCIA: Team Lotus mempersembahkan kereta Formula Satu 2011 semalam, lebih awal daripada jentera Lotus yang disokong Renault dengan majlis pengenalan dalam talian yang menggariskan sasaran mereka untuk meraih mata dan bersaing untuk mendapatkan tempat ketujuh keseluruhan.
“Jentera tahun ini memiliki reka bentuk lebih kontemporari,” kata pengarah teknikal, Mike Gascoyne mengenai imej kereta T128 dalam warna klasik hijau dan kuning klasik Lotus.
“Kereta ini akan memberikan saingan di tengah grid. Ia adalah kereta moden F1 dan saya yakin ia adalah peralihan besar dan permulaan proses yang membawa Team Lotus ke depan grid.”

Pasukan itu bersaing sebagai Lotus Racing tahun lalu, tetapi di sebalik menjadi antara yang terbaik di antara kesemua tiga pendatang baru, gagal meraih satu mata pun pada musim pertamanya.

Sejak pasukan itu memperkenalkan jenama ikon Lotus ke sukan itu buat kali pertama sejak ia diilhamkan mendiang Colin Chapman pada 1994, wujud perselisihan dengan syarikat milik Malaysia itu.

Group Lotus menjadi penaja dan pemegang saham majoriti dalam pasukan Renault dan mereka serta Team Lotus dijadualkan hadir di Mahkamah Tinggi London pada hujung Mac dalam kes untuk menentukan siapa yang memiliki hak untuk menggunakan jenama itu dalam F1.
Sementara itu, musim dijadualkan bermula di Bahrain pada 13 Mac dengan kedua-dua pasukan menggunakan nama Lotus dan dipacu dengan enjin Renault. Renault dijangka akan melancarkan jentera hitam dan emas, mengimbau sejarah 1970an dan 1980an ketika Lotus muncul juara perlumbaan dan gelaran ketika ditaja syarikat rokok John Player Special, di litar Valencia, lewat semalam. – Reuters
center

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular