SELAMAT DATANG

Ahad, 21 November 2010

Koo-Tan gagal pertahan mahkota

Koo-Tan gagal pertahan mahkota

BOON Heong (kiri) dan   Kien Keat terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas kepada  gandingan Markis  dan Hendra  21-16, 24-26, 19-21,  malam tadi.
BOON Heong (kiri) dan Kien Keat terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas kepada gandingan Markis dan Hendra 21-16, 24-26, 19-21, malam tadi.
Chong Wei jadi harapan negara

PINGAT emas yang seharusnya berada dalam genggaman terlepas apabila pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tewas dalam pertarungan sengit final beregu lelaki di Gimnasium Tianhe, malam tadi.
Begitupun, impian meraih emas dalam acara badminton pada edisi kali ini di Guangzhou tetap wujud dan kini harapan besar itu terletak di tangan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei yang bakal menentang jaguh tuan rumah, Lin Dan dalam perseorangan lelaki, malam ini.
Ketika sudah hampir di ambang kemenangan, Kien Keat-Boon Heong yang juga pasangan nombor satu dunia harus menyalahkan diri sendiri apabila akhirnya tunduk kepada pasangan Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia 21-16, 24-26, 19-21.

Kekalahan itu menyebabkan mereka gagal mengulangi kejayaan memenangi emas di Doha, empat tahun lalu, manakala gandingan lawan yang juga pemenang emas Sukan Olimpik Beijing 2008 berjaya menebus kekalahan tewas di separuh akhir kepada beregu negara.

“Kami sepatutnya sudah menang tetapi nasib jelas tidak menyebelahi kami,” kata Boon Heong sejurus perlawanan. “Kami berjaya bangkit daripada ketinggalan di set penentuan tetapi lawan memanfaatkan peluang dengan menamatkan perlawanan.”

Terdahulu, Chong Wei walaupun beraksi di depan ribuan penyokong Chen Jin yang ditentangnya di separuh akhir, tetapi ia sedikit pun tidak membuat dia gementar apabila beraksi bak wira untuk menundukkan juara dunia itu 14-21, 21-15,21-7 untuk melangkah ke final.
Dan, kini satu-satunya halangan yang tinggal buat Chong Wei sebelum emas dikalungkan dilehernya adalah menjinakkan Lin Dan yang mara ke final selepas mudah menumpaskan pemain Korea Selatan, Park Sung-Hwan 21-14, 21-10.
http://www.bharian.com.my center

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular