Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
kisah teladan...
center
Ahad, 14 November 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Esok dah mula SPM jadi terpaksa berhenti kejap daripada online..rasa macam takut pulak nak ambik SPM..... kepada semua calon SPM semoga ber...
-
Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ialah “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai ba...
-
GABUNGAN SYARIKAT PENGUSAHA BAS (LD) SDN BHD MDLD 4961 JALAN SILAM 35 KM PETI SURAT NO.61421 91122 LAHAD DATU LAHAD DATU
-
Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN ...
-
Persidangan Perwakilan Gerakan Pengguna Siswa Kebangsaan Kali 2 2013,merupakan salah program yang di anjurkan oleh KPDNKK dengan kerjasa...
-
Jom ramai-ramai sertai pertandingan ini sempena ulang tahun Andisba ekspress
-
Indo' Logo Dua bulu' samanna mat tettongeng, Indo' Logo Dua bulu' samanna mat tettongeng, Indo' Logo Kegasi sam...
-
antara perubahan yang dapat kita lihat dulu dan kini bas ekpress yang ada di sabah....jom kita lihat... . sairah express kini telah b...
-
Well, it looks like March 21 will be the day that the naming row over Lotus goes into full trial. In a summary judgment a...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan