SELAMAT DATANG

Isnin, 22 November 2010

Azlan, Nicol raih pingat emas

REAKSI spontan  Azlan selepas menewaskan Aamir Atlas Khan dalam aksi final di Asian Games Town, semalam. Gambar kanan, pelbagai reaksi Nicol selepas menang emas acara perseorangan, semalam.
REAKSI spontan Azlan selepas menewaskan Aamir Atlas Khan dalam aksi final di Asian Games Town, semalam. Gambar kanan, pelbagai reaksi Nicol selepas menang emas acara perseorangan, semalam.

KILAUAN emas kembali memancar semula kontinjen negara selepas kemarau sejak Rabu lalu. Semalam, seperti diramal, Nicol Ann David dan Azlan Iskandar masing-masing menyumbang pingat emas acara skuasy individu wanita dan lelaki pada hari kesembilan temasya. 
Nicol yang menewaskan pemain Hong Kong, Annie Au 3-1 untuk emas kali ketiga dalam Sukan Asia berkata: “Emas ini untuk negara dan semua yang menyokong saya. Saya berbangga dengan emas ini dan bersemangat untuk memastikan emas lagi dalam acara berpasukan selepas ini.

“Tetapi lawan bermain dengan baik hingga saya banyak melakukan kesilapan sebelum bermain dengan lebih tenang di set ketiga dan keempat.”

Azlan, pemain ranking ke-16 dunia, sekadar mengambil masa 39 minit ketika menewaskan Aamir dengan keputusan 11-6, 11-7 dan 11-6 buat emas kedua negara, semalam.
Apapun, Nicol diasak agak hebat sebelum memastikan kemenangan 3-1 ke atas lawan kidal dari Hong Kong itu manakala Azlan yang turun selepas itu, mudah menewaskan Aamir Atlas Khan dari Pakistan 3-0
http://www.bharian.com.my
center

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular