Khamis, 16 Jun 2011
51 Laman Web Kerajaan Digodam
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Sebanyak 51 laman web .gov.my digodam sehingga awal pagi Khamis menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Namun, suruhanjaya itu berkata, ia yakin tempoh memulihkan kesemua laman web yang diserang itu tidak akan mengambil masa yang lama.
"Pemantauan kami mendapati serangan semakin kurang menjelang 4 pagi tadi, dan selepas membuat penilaian, kami menganggap kesannya serangan itu terhadap pengguna di Malaysia adalah kecil," kata SKMM dalam satu kenyataan.
Serangan itu berlaku ekoran satu kenyataan sebuah kumpulan luar negara dikenali "Anonymous" untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my pada Rabu, dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.
Suruhanjaya itu berkata terdapat cubaan menggodam beberapa laman web termasuk laman webnya sendiri www.skmm.gov.my pada 11.30 malam Rabu tetapi gagal.
Menurut SKMM, Pusat Keselamatan Rangkaian suruhanjaya itu bersama beberapa agensi lain, penyedia perkhidmatan dan pakar-pakar telah menjalankan usaha berterusan bagi memantau dan menyekat serangan itu.
Orang ramai diminta melaporkan sebarang maklumat yang mereka ada mengenai identiti penggodam itu kerana tindakan mengganggu perkhidmatan rangkaian adalah satu kesalahan serius.
-- BERNAMA
Rabu, 8 Jun 2011
Langgan:
Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Persidangan Perwakilan Gerakan Pengguna Siswa Kebangsaan Kali 2 2013,merupakan salah program yang di anjurkan oleh KPDNKK dengan kerjasa...
-
Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia...
-
KELUARGA seumpama satu blok yang tersusun menjadi bangunan dalam masyarakat. Keluarga adalah tempat hidup kita bermula dan kita terikat ke...
-
antara perubahan yang dapat kita lihat dulu dan kini bas ekpress yang ada di sabah....jom kita lihat... . sairah express kini telah b...
-
Ferrari 360 : Fastest Limo in the World , We’ve seen some pretty cool limousines in our time (driving by of course, not the inside) but ne...
-
Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu ...
-
PENANTIAN 40 tahun pingat emas acara perseorangan badminton di Sukan Asia masih tidak kesampaian apabila jaguh negara, Lee Chong Wei dise...
-
Pada 8/3/2013-10/2/2013,saya dan rakan-rakan saya telah mengikuti satu program yang di namakan Kem Jati Diri anjuran Jabatan Kejuru...
