SELAMAT DATANG

Khamis, 18 November 2010

PRogram bersama Angkasawan Negara

Selasa 9 November – Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor selamat tiba di Tawau sekitar 11 pagi kelmarin, bagi menjayakan program yang bertajuk ” Ceramah Motivasi Bersama Angkasawan Negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor”

Ceramah ini yang dianjurkan oleh Tan Sri Datuk Liew Yun Fah sudahpun berlangsung di Sekolah Menengah Teknik Tawau sekitar pukul 2petang kelmarin. Program Ceramah motivasi yang berlangsung selama 2 jam ini telah dijayakan oleh lebih 50 orang guru dan kakitangan daripada Sekolah tersebut.

Lebih  800 orang murid Sekolah Menengah Teknik Tawau ini, seronok mendengar & sekaligus mengambil manfaat daripada Motivasi tersebut yang menaikkan lagi semangat pelajar bagi menjatikan diri mencapai matlamat hidup yang tidak ada mustahilnya. Dr. Sheikh juga sempat menceritakan detik-detik pengalaman beliau pada 10 Oktober 2007 lalu, apabila kapal angkasa Soyuz TMA-11 yang  ditumpangi oleh tiga orang penumpang Komander Peggy A. Whitson dari Amerika Syarikat, Jurutera Penerbangan Yuri Malenchenko dari Russia dan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sendiri telah melonjak meninggalkan bumi dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan.

Pihak sekolah & pengetua amat berpuas hati dengan kehadiran  Dr. Sheikh.  yang sekaligus membantu menjayakan program ini. Di harap agar semua pelajar-pelajar dapat menimba pengalaman dan jadikan kata semangat Dr. sebagai pedoman untuk terus maju selangkah ke hadapan bagi mengejar impian dan cita-cita.


http://ms-my.facebook.com/note.php?note_id=450739071365 center

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular